Pages

01 January, 2014

Sebab Paling Utama Kenapa Kita Perlu Cepat Melangsaikan Hutang

Ada satu sebab yang paling utama bagi kita sebagai seorang Islam untuk cuba sedaya upaya melangsaikan hutang secepat mungkin iaitu TAKUT kita dipanggil menghadap Allah S.W.T sebelum sempat membayar balik hutang yang ada.

Disebabkan kurang pendedahan kepada ilmu agama bersangkutan bab hutang-piutang ini, saya tidak langsung mengambil serius ketika membuat keputusan untuk mengambil pinjaman bank. Usia saya ketika itu masih lagi dalam pertengahan 20an iaitu seawal mula menceburkan diri di alam pekerjaan. Bukanlah satu amaun yang besar, hanya dalam lingkungan RM10,000 sahaja. Dan wang yang dipinjam itu adalah untuk kegunaan tertentu seperti pergi bercuti dan sebagainya. Alangkah ceteknya atau singkatnya pemikiran saya ketika itu.

Azam Tahun Baru 2014


Alhamdulillah, kita baru sahaja masuk ke tahun baru iaitu tahun 2014.

Mungkin dengan bermulanya tahun baru ini, boleh kita BERAZAM bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kehidupan kita. Sekiranya, masalah kewangan kita masih dalam keadaan yang sama seperti sebelum ini,

Mungkin inilah masa yang sesuai untuk kita BERTINDAK melakukan sesuatu untuk memperbaiki kedudukan kewangan kita. Mungkin kita boleh BERMULA dengan menanam AZAM yang kuat... yang padu, yang bersungguh-sungguh untuk melepaskan diri dari hutang-hutang.Ya, walau apapun, untuk menikmati kehidupan yang baik, hutang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

31 December, 2013

Selamat Datang Ke Blog Langsai Segala Hutang Yang Ada

Alhamdulillah, akhirnya ada kesempatan juga untuk saya menaikkan blog ini yang mana ianya bertujuan untuk berkongsi perkara-perkara berkenaan HUTANG! Khususnya hutang BANK!

Adalah diharapkan blog ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mana-mana individu yang sedang mencari jalan untuk bebas dari masalah beban hutang bank atau untuk bebas dari beban kewangan.

Bagi pelawat blog ini yang tidak mengalami beban kewangan atau terlepas dari beban kewangan, tetapi mempunyai saudara-mara atau kawan-kawan yang rapat atau mengetahui sesiapa sahaja yang sedang mengalami beban kewangan yang getir, boleh lah juga mengongsikan maklumat yang disediakan di sini kepada mereka yang kurang bernasib baik tersebut.

Apa yang penting, saya harap, kita dapat bersama-sama membantu golongan yang susah dan terbeban dengan masalah kewangan agar mereka juga dapat menjalani kehidupan yang ceria. InsyaAllah, segala usaha kita ini akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Sehubungan dengan itu juga, usaha ini adalah semata-mata usaha yang mampu kita lakukan. Yang menentukannya adalah Allah Subhana Wataala jua... Perkara yang kita mesti faham adalah, sebaik mana perancangan kita, perancangan Allah itu jauh lebih baik dan Dia lah yang lebih mengetahui atas apa-apa yang Dia rencanakan. Allahualam.

- Admin -