Pages

About

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Pengalaman terbeban dengan hutang bank adalah satu pengalaman yang sangat perit. Kalau diibaratkan, seperti dalam keadaan tenggelam timbul dalam kolam yang dalam, dalam keadaan yang tak pandai berenang, sekejap tenggelam sekejap timbul. Masa timbul cepat-cepat ambil nafas, bila tenggelam, tahan nafas sambil meronta-ronta untuk timbul balik...

Nombor telefon tak boleh kekal lama untuk satu-satu nombor. Entah macamana, si pengutip hutang dapat nombor sampai sekarang satu misteri. Apa yang saya tahu, setiap kali tukar nombor, tidak lama... dalam 3 hingga 4 bulan, akan dapat panggilan. Setiap kali jawab pasti kena ugut bermacam perkara, nak sita rumah lah, nak hantar lori ambil barang lah dan sebagainya. Dan setiap kali dapat panggilan tersebut, darah pasti naik. Kepala jadi buntu... Dah mula tak boleh nak berfikir dengan waras.

Yang lebih malang, kadang-kadang, anak isteri jadi mangsa... kena herdik tak pasal-pasal. Kalau isteri dalam keadaan 'mood' yang tak baik, mula lah bertikam lidah, terus berhari-hari tak bertegur dan bermasam muka. Alhamdulillah, isteri saya boleh sabar.

Sebenarnya, bagaimana boleh terjebak dalam kancah TERHUTANG ini bukan salah orang lain. Memang salah diri sendiri. Dan punca utama adalah KEJAHILAN dalam bab-bab pengurusan kewangan.

Kenapa JAHIL dalam bab pengurusan kewangan? Sebabnya tak pernah ambil tahu bagaimana hendak menguruskan kewangan - atau tidak serius memikirkan persoalan menguruskan kewangan, pendapatan dan perbelanjaan.

Hendak dijadikan cerita - terpaksa berhenti kerja. Dalam usia 30an, untuk mencari kerja yang sesuai atau mengikut Ijazah yang ada memang susah. Hendak buat kerja biasa pun orang tak mahu ambil sebab kita ada Degree. Sesungguhnya cabaran dan dugaan memang cukup besar. Bergaduh adik beradik dan mertua.

Ya... itulah sedikit sebanyak cerita tentang diri saya.

Mungkin seteruk mana apa yang saya rasa, ada orang lain yang lebih teruk kerana tidaklah sampai ke tahap bercerai-berai, walaupun pernah dirujuk ke Pejabat Agama.

Insya-Allah, dari pengalaman saya tersebut, di harap boleh dijadikan iktibar bagi orang lain agar dapat dimanfaatkan.

Kepada anda yang sedang mencari jalan untuk keluar dari beban hutang dan sekaligus bebas dari masalah kewangan, di harap dapat memanfaatkan perkongsian maklumat yang saya sediakan di blog ini. InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment